Kelas Microsoft Powerpoint Bahagian 1

27 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Office PowerPoint Bahagian 1 kepada seorang peserta yang bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari. Kami membimbing peserta menghasilkan slide presentation dengan pemilihan design slide, size perkataan dan peranan warna dalam menarik minat penonton. Pendedahan kepada animasi dan transisi di dalam setiap slide.

Selain itu, peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali